Pada E3, bersama-sama pengumuman pelbagai permainan yang akan hadir
ke Xbox One, salah satu daripadanya adalah Minecraft, yang mana sedia
ditawarkan untuk pengguna Xbox 360 buat masa ini.
Minecraft merupakan salah satu permainan popular diseluruh dunia,
dimana ia membolehkan para pemain hadir dengan pelbagai jenis binaan
menarik melaluinya.
Daripada apa yang dikongsikan, permainan Minecraft ini akan tersedia
pada hari pelancaran Xbox One, dan boleh dimuat-turun oleh para pemain.
Ia akan membawakan dunia permainan yang lebih luas, disamping pengalaman
multiplayer yang baru bersama-sama dengannya. Maklumat lain berkaitan permainan ini untuk Xbox One tidak diketahui lagi buat masa ini.
0 comments:
Post a Comment